Waktu Pejabat: 9:00 Pagi Ke 6:00 Petang Kecuali Pada Hari Jumaat Cuti

  |  Alamat

Lot 6326, Batu Menunggul, Pekan Kobah,
Mukim Ayer Puteh, 06700 Pendang,
Kedah Darul Aman, Malaysia.

  |  Hubungi

+60125667415
+60129887415
+60125537415


Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Tebang Pokok & Bersih Tapak Projek


Perkhdimatan Tebang Pokok & Bersih Tapak Projek
  • Perkhidmatan ini juga istimewa kepada anda pelanggan kami yang berminat nak bina rumah tapi tapak pembinaan belum ‘clear’ lagi.
  • Perkhidmatan kami dari A sampai Z. Dari bersih tapak, tebang pokok, reka bentuk rumah, bina rumah impian anda & cuci rumah anda

Jek Rumah Kampung


Jek Rumah Kampung

Alat mekanikal yang kegunaannya untuk mengangkat rumah dari tapaknya. Beberapa jek dan anduh kayu untuk menyokong struktur yg digunakan dalam proses jack rumah. Proses akan diulang sehingga ketinggian yg diminta pelanggan. Jek rumah boleh juga digunakan untuk mengangkat batang rasuk yang terbina ataupun untuk memasang struktur batang rasuk yang baru.

Khidmat Menguruskan Pinjaman / Konsultansi



 
Khidmat Menguruskan Pinjaman / Konsultansi
 
Bagi anda yang mempunyai tanah sendiri yang mahu bina rumah tetapi tidak tahu langkah dan prosedur tentang pinjaman atau loan, pihak kami sedia membantu anda dan memberi pandangan dan pendapat mengikut kesesuaian kelayakan anda.
 
Pelanggan yg kami hormati, anda boleh dapatkan khidmat konsultansi secara percuma dari kami tanpa ragu-ragu.
 
Untuk memastikan komunikasi antara pihak kontraktor dengan pelanggan lebih jelas, pihak kami juga sedia berjumpa dan berbincang ‘face to face’ dengan anda dan juga melawat tapak cadangan projek.

Ubahsuai Rumah / Bangunan

Ubahsuai Rumah / Bangunan

HOE CONSTRUCTION mempunyai pengalaman yang luas dalam kerja ubahsuai rumah. Syarikat juga menawarkan pelbagai pakej yang dipelan khas bagi memenuhi citarasa atau konsep yang diingini oleh para pelanggan kami. Perkhidmatan syarikat kami termasuk pembinaan rumah, ubahsuai rumah, rekabentuk rumah, kabinet dapur murah dan lain-lain lagi. Kami juga menentukan setiap projek ubahsuai rumah mendapat pengesahan daripada pihak berkelayakan serta Pihak Berkuasa Tempatan. Bagi pelanggan yang ingin mengetahui harga mengikut bajet peribadi terlebih dahulu, syarikat kami juga menawarkan sebut harga secara percuma untuk kemudahan para pelanggan.
 
 

Antara kerja-kerja ubahsuai rumah yang kami lakukan, merangkumi:
 
  • Menyediakan pelan dan lakaran ubahsuai rumah yang baru
  • Mengubahsuai rumah mengikut citarasa idaman pemilik rumah
  • Roboh dan bina semula rumah lama kepada baru yang lebih selesa dan luas
  • Menukar fasad rumah lama dengan rekabentuk baru yg lebih elegan & moden
  • Membuat kerja-kerja kemasan lantai, cat, plaster siling, “stone cladding” oleh pekerja mahir
  • Memberi khidmat nasihat interior design rumah
  • Memberi cadangan struktur rumah dan sebutharga percuma
  • Membuat kerja-kerja pembersihan sebelum “handover”

Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI

Setiap individu yang sudah berkeluarga dan bekerjaya pasti akan berhasrat untuk mempunyai kediaman sendiri. Tambahan pula, ada tanah sendiri di kawasan kampung merupakan tempat paling ideal untuk membina rumah impian. Dengan suasana hijau yang mengasyikkan, ditambah pula dengan kemesraan masyarakat menjadikan tarikan kepada warga kota untuk membina aset mereka.
 
Zaman era baru ini bentuk dan konsep rumah juga berubah mengikut peredaran semasa. Rumah yang dibina sekarang ini mementingkan beberapa aspek seperti gaya hidup moden, kecekapan ruang, dan elemen keselesaan penghuni. Rekaan dalaman rumah moden ini dalam melengkapkan aksesori yang disusun lebih praktikal kerana dapat mencipta ruang yang nampak lebih besar. Selain itu sentuhan warna juga memperlihatkan rumah moden sekarang ini mempunyai elemen ketenangan dan harmoni.

Kelebihan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

  1. Bajet pembinaan dikawal oleh anda sendiri atau bergantung kepada kemampuan. Jika anda bina rumah diatas tanah sendiri anda boleh menentukan reka bentuk rumah mengikut kemampuan bajet anda sendiri samada ingin rumah satu tingkat, dua tingkat, semi D, dan sebagainya.
  2. Kos pembinaan rumah juga lebih murah berbanding kos beli rumah. Memang benar sekiranya anda membina rumah sendiri kos lebih murah berbanding beli rumah dari pemaju. Sebagai contoh harga sebuah rumah banglo mencecah RM1juta berbanding dengan membina kos hanya beratus ribu ringgit untuk lot banglo.
  3. Bebas menentukan konsep yang anda inginkan, contohnya english moden, tradisional moden, minimalis dan lain-lain. Lagi satu kelebihan yang anda dapat jika anda bina rumah atas tanah anda sendiri, anda boleh menentukan design dan konsep rumah yang anda idamkan untuk rumah anda.
  4. Menambah aset kekal diatas tanah sendiri. Kelebihan yang jelas apabila membina rumah atas tanah sendiri. Melalui sudut pandangan ekonomi anda telah menambah aset kekal. Kerana harga tanah dan harga rumah semakin meningkat saban hari. Rumah yang anda bina boleh dibuat sewaan atau dijual lot rumah kepada individu lain yang mempunyai kepentingan

Proses Binaan Rumah
 
Membina rumah sendiri atas tanah sendiri apabila di gambarkan nampak mudah. Namun sebenarnya tidak semudah yang dipandang kerana untuk bina rumah atas tanah sendiri banyak proses dan selok-belok yang memerlukan kefahaman yang terperinci. Apatah lagi bagi individu yang pertama kali ingin membina rumah sememangnya banyak aspek yang mereka tidak berikan perhatian. Malah ada sengelintir daripada mereka yang tidak memahami sebetul-betulnya perkhidmatan yang ditawarkan oleh kontraktor mereka.
 
Berikut merupakan proses yg perlu dititikberatkan sebelum ke proses binaan rumah :


Langkah pertama dalam proses bina rumah atas tanah sendiri - TANAH
 
  1. Geran Tanah
    • Geran tanah amatlah penting dalam proses pembinaan rumah. Pemilik perlu pastikan nama pemilikannya adalah namanya atau nama pasangan, atau ada juga yang buat geran kongsi (suami, isteri).
    • Selain itu juga semak kategori kegunaan tanah seperti pertanian, komersial, ataupun kediaman. Jika kategorinya bukan untuk kediaman, anda patut menukarkannya.
    • Dalam hal ini, anda boleh buat sendiri atau mahu lebih lancar boleh guna khidmat perunding tanah atau peguam. Akan tetapi untuk segala kos semasa proses penukaran kategori 100% dibiayai oleh anda sendiri.
  2. Keadaan Tanah
    • Anda juga seharusnya memberi perhatian terhadap keadaan tanah yang akan dilakukan pembinaan rumah. Sama ada tanah rata, berbukit, tanah lembah, tanah rendah dan sebagainya.
    • Luas tanah berdasarkan lot tanah yang dipersetujui oleh pejabat tanah kawasan anda.


Langkah kedua dalam proses bina rumah atas tanah sendiri - PELAN
  1. Proses Pelan
    • Proses pelan ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu pelan lantai, pelan 3D dan kemudian ke plan detail. Pelan lantai lebih fokus kepada penyusunan ruangan asas dalam rumah tersebut seperti bilik, dapur, tandas dan sebagainya. Aspek penting dalam pelan ini yang sering dititik berat oleh pelukis pelan seperti pencahayaan, ukuran sesuatu ruang, suhu dalaman rumah dan sebagainya. Pelan lantai ini kebiasaannya kontraktor akan mengikut citarasa anda dan merujuk juga terhadap penyusunan ruang yang betul.
    • Setelah pelan lantai siap dan telah dipersetujui oleh anda, kemudian kontraktor akan ke Pelan 3D.
    • Pelan 3D merupakan gambaran awal setelah rumah anda siap dibina. Melalui pelan 3D ini gambaran dari setiap sudut lebih jelas ia juga dapat membantu anda, tukang dan kontraktor memahami rekabentuk rumah. Tambahan lagi, gambaran luaran dari atas akan menampakkan dengan jelas reka bentuk bumbung.
  2. Majlis Daerah
    • Setelah anda dan kontraktor melalui arkitek bersetuju dengan pelan rekabentuk rumah anda. Seterusnya pelan rekabentuk dihantar kepada majlis daerah kawasan anda untuk tujuan pemeriksaan dan untuk mendapat kelulusan pembinaan. Pemeriksaan ini penting kerana untuk menentukan pelan dan bukaan rumah dalam lot tanah mengikut piawaian daerah tersebut.


Langkah ketiga dalam proses bina rumah atas tanah sendiri - PEMBIAYAAN

Pembiayaan kos ini biasanya mengikut peratusan pembinaan yang telah ditetapkan. Kaedah bayaran secara “claim” yang sering digunakan oleh kontraktor kepada pelanggan. Bagi kos proses pembinaan rumah dilakukan melalui 2 kaedah iaitu secara tunai atau pinjaman bank dan agensi-agensi yang berkaitan.
 
  1. Bayaran Tunai
    • Bayaran secara tunai lebih mudah kerana terus terima daripada pelanggan. Walaupun secara tunai sistem bayaran juga mengikut tahap kerja ataupun peratus rumah dibina.
  2. Lembaga Pembiayaan Perumah Sektor Awam (LPPSA)
    • Setelah anda dan kontraktor melalui arkitek bersetuju dengan pelan rekabentuk rumah anda. Seterusnya pelan rekabentuk dihantar kepada majlis daerah kawasan anda untuk tujuan pemeriksaan dan untuk mendapat kelulusan pembinaan. Pemeriksaan ini penting kerana untuk menentukan pelan dan bukaan rumah dalam lot tanah mengikut piawaian daerah tersebut.
  3. Pinjaman Bank
    • Kepada yang tidak bekerja di bawah sektor kerajaan boleh buat pinjaman melalui bank. Dalam malaysia banyak bank yang menawarkan pinjaman dengan kadar cukai yang rendah. Apabila melibatkan bank geran tanah dan rumah akan diserahkan kepada pihak bank sebagai cagaran.


Langkah keempat dalam proses bina rumah atas tanah sendiri - PEMBINAAN

Proses pembinaan akan dimulakan setelah segala semuanya selesai dan mendapat kebenaran untuk kerja-kerja pembinaan. Proses pembinaan ini mengambil masa 5 atau 6 bulan bergantung kepada keluasan rumah dan juga lain- lain aspek.




Ikuti Kami Di

          

Switch to Mobile Version
Subscribe Newsletter