Waktu Pejabat: 9:00 Pagi Ke 6:00 Petang Kecuali Pada Hari Jumaat Cuti

  |  Alamat

Lot 6326, Batu Menunggul, Pekan Kobah,
Mukim Ayer Puteh, 06700 Pendang,
Kedah Darul Aman, Malaysia.

  |  Hubungi

+60125667415
+60129887415
+60125537415


Blog Terkini

PANDUAN CARA NAK BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI !!

Aug 10, 2020
PANDUAN CARA NAK BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI !!
View Full Size
Ramai yang nak BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI namun tidak tahu asas panduan cara nak bina rumah.
Ada beberapa perkara penting yang perlu anda ambil tahu sebelum mula proses bina rumah idaman anda.




Dah sedia? Jom kita fahamkan 5 panduan cara nak bina rumah atas tanah sendiri.



Buat Persiapan Bajet

Sebelum mula proses bina rumah, pastikan anda sudah siapkan list bajet yang merangkumi segala kos tanah dan rumah. Sekiranya anda merancang untuk buat pinjaman dari pihak bank, boleh semak kelayakan pinjaman di bank.
“Alahai, kenapa perlu buat bajet? Bank kan ada.”
Itu lah antara komen-komen dari tuan rumah. Sebenarnya, bank hanya meluluskan 90% sahaja pinjaman yang dipohon. Sekiranya anda memohon pinjaman untuk rumah ketiga, jumlah pinjaman akan berkurang sebanyak 80% sahaja. Jadi sangat perlu anda sediakan ‘cash’ yang cukup sekurang-kurangnya 15% – 20% dari kos pembinaan.

Kiraan mudahnya begini:
Kos bina rumah = RM 200,000
15 % dari harga kos = RM 30,000
Sekurang-kurangnya RM 30,000 tunai perlu anda sediakan dan masukkan dalam list bajet tadi.

Antara urusan bina rumah yang perlukan duit tunai ialah:
1. Kos melukis pelan
2. Permohonan kelulusan di PBT (Pihak Berkuasa Tempatan)
3. Kos guaman

Ramai yang fikir kos-kos ini boleh dibayar dengan wang dari KWSP dari akaun 2. Ramai juga yang silap, jadi anda perlu tahu yang wang KWSP ini hanya boleh dikeluarkan apabila kerjakerja bina rumah sudah dijalankan dan PBT telah meluluskan projek bina rumah anda.



Buat Bank Idea dan Konsep Design

Siapa sini pernah guna Pinterest? Haa kat situ lah tempat lepak orang-orang kreatif. Mereka suka lepak di Pinterest kerana di situ banyak bank idea. Anda juga boleh jadi kreatif seperti mereka atau lebih kreatif lagi. Type sahaja carian berkenaan design rumah dan semuanya tersedia untuk anda. Dah jumpa design yang anda suka…PIN!

Apa perlu buat lepas dah dapat idea? Ahaaaa, sediakan satu buku nota khas “Projek Rumah Kita” dan catatkan setiap info carian anda tentang cara nak bina rumah. Ini memudahkan anda untuk bincang dengan kontraktor supaya hasil binaan rumah idaman anda tercapai.



Cari Arkitek Yang Bagus

Tugas arkitek atau pelukis pelan sangat penting bukan sahaja melukis pelan, malahan mereka perlu dapatkan kelulusan dalam penilaian design rumah. Ada ciri-ciri penting yang perlu diambil kira dalam melukis pelan terutama ciri keselamatan. Bukan itu sahaja, arkitek atau pelukis pelan ini juga perlu keluarkan sijil “certificate of completion” sesudah semua kerja melukis pelan diluluskan. Sijil ini akan dihantar kepada pihak bank untuk update bayaran yang diperlukan oleh kontraktor



Kontraktor VS Tukang Rumah/Kampung

Jika diberi pilihan, anda pilih kontraktor atau tukang rumah? Sebenarnya ianya bergantung pada jenis kerja yang diperlukan. Tukang ialah mereka yang mahir dalam kerja pertukangan dan memiliki kepakaran tersendiri terutama dalam skop kerja kecil, antaranya:
– tukang paip
– tukang cat
– tukang plaster
– tukang batu
– tukang ceiling
– dan banyak lagi

Siapa pula kontraktor? Oooh, kontraktor ialah mereka yang mempunyai kepakaran dalam tugasan kerja skala besar dan yang paling penting ialah mereka ada lesen CIDB atau mana-mana badan yang berkaitan.

Tip pilih kontraktor terbaik
1. Pastikan kontraktor anda berdaftar dengan CIDB
2. Ada pejabat urusan dan anda perlu kenal pasti pejabat mereka
3. Mempunyai staf yang berpengalaman
4. Syarikat telah lama beroperasi
5. Buat lawatan ke tapak binaan

Untuk kerja skala kecil, serahkan sahaja pada TUKANG manakala untuk kerja skala besar, serahkan pada KONTRAKTOR. Dah tahu nak buat pilihan?



Spesifikasi Rumah

Spesifikasi Rumah bermaksud anda perlu detail kan setiap perincian bahan binaan rumah anda.
Contohnya:
1. Pilihan batu bata – bata simen atau bata merah
2. Pilihan rangka pintu dan tingkap – bahan kayu atau bahan besi aluminium
3. Pilihan kemasan lantai – simen konkrit atau jubin seramik

Ingat! Jangan tertipu dengan janji manis dari kontraktor. Pastikan anda sendiri tahu jenis kos bina rumah anda sendiri. Ramai yang terpedaya dengan harga kos yang murah dan akhirnya rumah entah kemana. Haih!

Jadi pastikan setiap spesifikasi binaan ini perlu ada catatan bertulis dalam pelan. Bukan apa, perkara ini nampak remeh sebab itu ramai ambil mudah dan bila jadi konflik kemudian hari baru nak menyesal

Anda ingin bina rumah yang cantik, berkualiti dengan kontraktor yang boleh dipercayai ?

Hubungi HOE CONSTRUCTION di 0125667415, 0129887415 atau 0125537415 untuk keterangan lanjut.

Anda juga boleh merujuk di Facebook Page https://www.facebook.com/Hoecontractor/

JENIS JENIS ATAP GENTING YG ANDA WAJIB TAU !!

Aug 10, 2020
JENIS JENIS ATAP GENTING YG ANDA WAJIB TAU !!
View Full Size
Atap sangat penting dalam pembinaan struktur rumah. Ia berfungsi sebagai pelindung daripada hujan dan panas, selain mencantikkan rekaan rumah.
Terdapat beberapa jenis atap yang anda wajib tau dan pelajari. Jom baca apa yang kami share ini ok

Disini kami share 3 jenis iaitu:
  • Atap Genting Monier Contour
  • Atap Genting Tanah Liat
  • Atap Genting Asbestos

1. Atap Genting Monier Contour


  • Berkualiti dan terbaik dalam pasaran
  • Mempunyai GLAZE (berkilat)
  • Boleh dibersihkan apabila kulat tumbuh
  • Kulat tidak melekat kerana ada lapisan glaze
2. Atap Genting Tanah Liat


  • Tampil sebagai atap alternatif
  • Tidak menyerap haba dari sinaran matahari
  • Sangat selesa dan sesuai untuk semua bentuk bumbung
  • Sedikit mahal berbanding atap lain setanding dengan kualitinya
  • Terdapat lapisan glaze untuk menghalang pertumbuhan kulat
3. Atap Genting Asbestos


  • Diperbuat daripada campuran serat fiber, simen dan bahan penguat atap
  • Atap yang terbaik tidak mudah bocor
  • Serapan haba yang lebih baik daripada atap genting konkrit
  • Bersifat kedap suara dan anti karat
  • Pemasangan yang cepat kerana bentuknya yang lebar dan lebih ringan
So, kita perlu kaji dulu jenis-jenis atap sebelum membuat bumbung rumah supaya dapat keselasaan masa depan serta menjimatkan kos perbelanjaan 🙂

TIPS MEMILIH CAT RUMAH AGAR NAMPAK ELEGAN & MEWAH

Aug 10, 2020
TIPS MEMILIH CAT RUMAH AGAR NAMPAK ELEGAN & MEWAH
View Full Size
Dalam memilih warna cat rumah yang bagus, tentu ada berbagai faktor yang perlu diperhatikan mulai dari kombinasi warna dasar, jenis ruangan, dan warna perabut yang menyokong luas ruangan yang akan dipilih warna cat. Maka dari itu, perlu pertimbangan saat memilih warna cat rumah yang bagus. Apalagi jika ini adalah kali pertama anda mendiami rumah baru.



Penggunaan warna cat rumah yang bagus untuk rumah anda juga bergantung kepada citarasa anda sendiri. Tak perlu di atur dengan penggunaan cat secara standard yg biasa dipakai di rumah rumah secara umum. Jika anda memiliki inspirasi lain terkait pemilihan warna cat rumah yang bagus, jangan segan untuk menerapkannya pada rumah impian anda.

Pilih warna cat rumah yang bagus berdasarkan citarasa



Saat memikirkan warna cat rumah yang bagus untuk rumah impian anda, pertimbangkan suasana ruangan tersebut. Tentu saja suasana bilik tidur akan berbeza dengan suasana ruang tamu. Suasana ruang tidur akan cuba didesign dan cat yg lebih kepada warna harmoni & tenang kerana ruang bilik adalah ruang istirehat. Warna-warna lembut biasanya akan dipilih.

Perhatikan pencahayaan untuk warna cat rumah yang bagus



Sebelum anda membeli cat, tentu penjual cat tersebut akan menunjukkan light boxes untuk menguji warna cat yang kamu pilih. Fungsinya untuk menunjukkan warna asli dari cat tersebut dalam kondisi normal.

Uji warna pilihanmu untuk menunjukkan warna cat rumah yang bagus



Tingkatkan kepercayaan anda dengan menguji warna pada papan poster di salah satu tembok rumahmu yang memiliki area yang besar. Pertimbangkan warna-warna yang kuat, warna-warna yang tajam atau lembut, warna neutral yang tidak biasa. Memilih warna cat rumah yang bagus tidak sukar, kalau anda semua tahu tema yang ingin anda pakai.

Tambahkan efek kedalaman dengan dekorasi yang menarik & ‘simple’



Tekstur tembok dan ruangan menjadi kunci pada teknik ini dengan efek kedalaman, ruangan akan terlihat lebih besar. Anda juga boleh memilih pilihan warna-warna cerah dan corak-corak tertentu seperti warna perunggu, silver, atau emas. ‘Try and error’ juga deko dalaman rumah dan perabut agar menghasilkan warna cat rumah yang bagus.

Pertimbangkan perbedaan warna cat rumah yang bagus antara ruangan



Rumah anda tidak hanya sekadar satu ruangan saja. Anda harus memilih warna cat rumah yang bagus untuk setiap ruangan. Selain bagus, tentu keserasian menjadi hal yang penting untuk diperhatikan. Setiap ruangan harus mempunyai komposisi yang seimbang untuk menonjol setiap ruangnya. Keserasian ini bisa didapat dari warna perabut, dekorasi seperti karpet, sofa dan hiasan dinding, serta pencahayaan yang tepat. Memilih warna cat yg tepat boleh membuat ‘mood’ anda lebih tenang.

Untuk warna cat rumah yang bagus, pilih warna ‘finishing’ cat yang berbeza



‘Mix & match’ adalah salah satu kunci dalam menentukan warna cat rumah yang bagus, meskipun beberapa ahli cat rumah berkata lain. Banyak kombinasi yang biasa anda lakukan untuk mewarnai rumah impian anda sendiri.

IKAT BESI DALAM PEMBINAAN

Aug 10, 2020
IKAT BESI DALAM PEMBINAAN
View Full Size
Pengetahuan terhadap besi keluli bar adalah sangat penting di dalam memastikan kekuatan struktur sesebuah pembinaan. Ianya memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelatih supaya dapat melakukan kerja-kerja tetulang bar untuk bangunan / rumah dua tingkat termasuk memotong, membengkok, mengikat dan menempat tetulang pada posisinya dengan mengambil kira faktor-faktor keselamatan

 
SINGKATAN IKAT BESI


Y – Singkatan untuk bar berkekuatan tinggi, samada secara gelekan panas (BS 449) atau diproses semasa sejuk (BS 4461). Ini diandaikan hanya satu jenis bar kekuatan tinggi yang digunakan dalam pekerjaan tetulang keluli.

R – Singkatan untuk keluli bar lembut yang dibuat dengan cara gelekan panas (BS 4449).

X – Singkatan untuk sebarang gred keluli yang digunakan sebagai tetulang dan diterangkan di dalam dokumen kontrak.

 
LUKISAN IKAT BESI

Lukisan jelas besi / pelan besi menunjukkan garis luar, konkrit iaitu di mana keluli bar tersebut patut diletakkan samada untuk papak, asas, dinding, rasuk, tiang dan sebagainya. Pelan atau lukisan pandangan seharusnya terdapat semua data pengenalan berkaitan besi tetulang dengan mengenalpasti nombor, jenis, saiz, tanda dan lokasi.

Pelbabagai aktiviti termasuk dalam duti pemasang tetulang keluli yang berbeza dari satu tempat ke satu tempat.

Skop pekerjaan pemasang / pembengkok besi bar yang biasanya terlibat ialah untuk:
  • Mengeluarkan jadual berbentuk dari lukisan jelas.
  • Memeriksa ketepatan jadual bentuk
  • Merancang perlaksanaan membentuk besi mengikut keperluan fasa.
  • Memeriksa pengeluaran bahan.
  • Memotong dan membengkok besi bar di tapak.
  • Memasang besi tetulang
  • Meletak, menanda, dan mengikat mengikut kedudukan
  • Memasang blok perenggang.
  • Pemeriksaan terakhir sebelum kerja – kerja konkrit dijalankan.

Blok Perenggang atau “concrete spacer” perlu disediakan sebelum selesai kerja besi / tetulang. Blok peranggang ini amat penting bagi menentukan jarak tetulang dan permukaan konkrit, ia mengelakkan keluli bar dari melentur dan memastikan tetulang tidak bergerak semasa kerja konkrit sedang di jalankan.

 
JENIS – JENIS BESI TETULANG KELULI/BAR

Bar keluli lembut (Mild Steel Bar)
Bentuknya bulat dan licin bersimbolkan huruf R. Jenis ini mempunyai saiz dan simbol yang tetap (non standard) bersimbolkan huruf M, MS, MR

Bar keluli tegangan tinggi (High Tensile /  Yield Bar)
  • Bar bergerutu (Deformed bar) (Keluli Bar Keras / Bunga) – Kod BS 4449
  • Bar segi berpintal (Square Twisted Bar) (Berbentuk empat segi)
  • Bentuknya bulat, bulat empat segi bersimbolkan huruf-huruf dan tanda berikut; H, HY, HT. Kedua-dua bar ini dicacatkan (bergerutu/Bunga) bagi menyediakan lekatan yang lebih baik dan pegangan yang kemas.

Welded Steel Fabric Reinforcement (British Reinforncement Concrete / British Rool Coil (BRC)
Bentuk berjejaring empat segi tepat atau empat segi bujur dalam kepingan,. Ia juga disediakan dalam bentuk bergulung kepingan. BRC ini dibuat daripada keluli yang berukuran garispusat 2.5mm hingga 120mm. Panjang kepingan tersebut ialah 4.8 m dan lebarnya 2.4 m. BRC ini dibuat daripada keluli yang sama ukuran garis pusat berlainan ukuran garis pusat. BRC juga terdapat jenis yang berbunga/keras (bersaiz dan simbol A8, A10, dan lain-lain).

Wayar keluli tegangan tinggi (Hard Drawn Mild Steel Wire), keluli berjaring (Steel Fabric Mesh), keluli tahan karat (Stainless Steel).

 
JENIS IKATAN BESI YANG BIASA DIGUNAKAN DI TAPAK BINA
  • Ikatan besi ‘Slash’
  • Ikatan besi ‘Ring Slash’
  • Ikatan besi ‘Hair Pin’
  • Ikatan besi ‘Ring Hair Pin’
  • Ikatan besi ‘Crown’
  • Ikatan besi ‘Splice’


TIPS PILIH WARNA LANGSIR UNTUK KEDIAMAN

Aug 10, 2020
TIPS PILIH WARNA LANGSIR UNTUK KEDIAMAN
View Full Size
1) Menggunakan tirai putih
-Tirai putih akan menjadikan bilik itu segar dan lapang.Apabila merancang reka bentuk tingkap, pertimbangkan ketinggian lokasi kornea, dan panjang langsir.

Mahu menjadikan siling lebih tinggi secara visual – cornice dipasang terus di bawah siling, dan hujung tirai membolehkannya sampai ke lantai.

2) Tirai yang diperbuat daripada linen
Langsir di ruang tamu, mewakili trend sebenar yang mengambil beberapa corak fabrik yang terang, menggabungkannya dalam satu bilik, ditambah dengan tekstil yang sesuai.

Jadi anda boleh menyedari idea-idea yang sangat luar biasa.

3) Kombinasi dua jenis kain untuk tirai yang luar biasa
Menggabungkan apa yang tidak bercampur keras dan penyelesaian reka bentuk sedemikian adalah mungkin.

Warna merah terang boleh digabungkan dengan hijau, dan biru dengan oren dan lain-lain warna berapi-api.

Cuba gunakan produk berwarna dengan warna, lancar mengalir ke satu sama lain.

TIPS MASUK RUMAH BARU 🏠😍

Aug 10, 2020
TIPS MASUK RUMAH BARU 🏠😍
View Full Size
Nak share tips sikit kat hampa semua yg baru beli rumah dan baru dapat kunci tu

1. BAGI SALAM & AZAN TERLEBIH DAHULU


2. PASTIKAN TINGKAP & PINTU BERFUNGSI DENGAN SELAMAT


3. PASTIKAN LANTAI MOZEK TIADA KESAN RETAK & BERLUBANG


4. PERIKSA SALURAN TANDAS & PAIP AIR


5. PASTIKAN SUIS ELEKTRIK BERFUNGSI DENGAN BAIK


6. PASTIKAN METER AIR BERFUNGSI DENGAN LANCAR


7. PASTIKAN KEADAAN KESELAMATAN RUMAH ANDA TERJAMIN


#SELESAI PERIKSA SEMUA KEADAAN RUMAH DAN ANDA DAPATI TIADA SEBARANG MASALAH . ANDA BERADA DI ZON SELAMAT!

TIPS BINA RUMAH : ALAT PENGGETAR (Vibrator)

Aug 10, 2020
TIPS BINA RUMAH : ALAT PENGGETAR (Vibrator)
View Full Size
Apabila membuat beam, tiang, atau pelantaian, adalah disarankan untuk menggunakan alat penggetar (vibrator) seperti yang ditunjukkan di dalam gambar bagi meratakan konkrit.

Kaedah tradisional yang sering dilakukan oleh tukang rumah untuk meratakan konkrit semasa membuat tiang contohnya, adalah dengan mengetuk-ngetuk kotak tiang.

Cara ini bagaimanapun kurang berkesan dalam memastikan tiada ruangan poros (honeycomb) di dalam konkrit tersebut.

Konkrit yang sempurna diratakan ke seluruh ruang akan menjadikan struktur rumah lebih kukuh secara keseluruhannya.

Ikuti Kami Di

          

Switch to Mobile Version
Subscribe Newsletter